7 BAHAN KIMIA & TOKSIN YANG HARUS DIELAKKAN APABILA MEMBELI PRODUK BAYI

10:27 PM

Produk bayi di pasaran sekarang adalah satu keperluan.itu fikiran kita sebagai pengguna/customer.tetapi hakikatnya ianya penuh dengan bahan-bahan toksik yang mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Terdapat berjuta jenama di pasaran yang menjanjikan penjagaan kulit yang terlembut dan terbaik untuk menjaga kulit bayi  secara sempurna .Honestly, semua tu tak perlu pun.

Toksik lebih mudah diserap masuk kedalam kulit baby.jadi, pilihlah produk yang natural yang kandungannya seperti (minyak zaitun,sweet almond oil,minyak kelapa) & sabun yang bebas dari perfume.

Okeh, satu ayat nak buat uols mengerti & faham . Kalau uols tak berani makan produk tu,maka jangan juga berani guna pada kulit baby.

Nampak macam old school? well, stail oldskul pun,Baby uols akan sihat utk jangka masa yang panjang tau.

now, 7 Bahan Kimia & Toksin tersebut adalah :


1.TALC
mineral yang di dalamnya mengandungi silika magnesium yang sudah terhidrasi. Apabila partikel mineral dari talc ditaburkan pada permukaan badan, ada yang mengewap dan ada yang terserap. Bahagian yang terserap itu yang berbahaya hingga boleh meningkatkan risiko berikut :

Bahaya Bedak Pada Baby
(klik link ini)





2. FRAGRANCE
Fragrance ada di mana-mana produk, sama ada untuk membuat sesuatu produk itu wangi ataupun untuk menutup bau busuk yang terhasil dari penggunaan bahan kimia dalam production produk tersebut.

 fragrance akan  'cover' atau menyembunyikan segala ramuan rahsia yang digunakan  oleh sesebuah syarikat (mereka tidak diwajibkan untuk mendedahkan apa disebalik perfume tersebut) dan biasanya diperbuat daripada  arang-dan petroleum-berasal dari bahan kimia tiruan

Kesan dari fragrance adalah berpanjangan & berlarutan pada kulit untuk beberapa jam dan boleh menyebabkan masalah pernafasan , saraf, kulit, dan kerosakan mata.

Terdapat bukti bahawa pendedahan kanak²  kepada wangian(perfume) boleh menyebabkan asma

Fragrance juga terdapat dalam lampin pakai buang (bau ala2 bedak baby yang agak sedap menusuk hidung bila buka packaging baru ) bedak bayi, sabun bayi, syampu bayi dan banyak lagi produk bayi.

Jadi,Baca label dengan teliti sebelum beli




produk antifreeze yang mengandungi propylene glycol

3. PROPLYENE GLYCOL


bahan ini penembus /penambah yang mudah diserap oleh kulit dan boleh jadi "carcinogenic"(bahan yang menghasilkan kanser).  basically,kerja dia adalah untuk membuka liang pori kulit agar bahan kimia yang lain dapat masuk ke dalam kulit dengan senang.
Propylene glycol digunakan dalam in cecair pengelap cermin kenderaan & "to de-ice airplanes"
(proses mengeluarkan salji, ais atau dari permukaan kapal terbang)

Dan kerap digunakan dalam baby wipes (tisu basah) yang sangatlah tidak selamat.

Hati-hati juga dengan kandungan polyethylene glycol (PEG) & polypropylene glycol (PPG)

Cuba buat homemade baby wipes 👀 atau basuh guna air sahaja 👶



1,4-dioxane


4. 1,4-DIOXANE AND ETHYLATED SURFACTANTS

'Environmental Working Group' mendapati bahawa 57%  daripada sabun bayi tercemar dengan 1,4-dioxane. Walaupun ia tidak pernah disenaraikan sebagai ramuan, 1,4-dioxane sering hadir dalam produk kecantikan kerana ia adalah bahan cemar atau produk sampingan yang berlaku apabila "oksida etilena, (bahan yang menghasilkan kanser payudara) , diadun dengan bahan kimia lain untuk melembutkannya

Jika uols  nampak bahan² yang mengandungi perkataan eth, ia adalah petunjuk kehadiran 1,4-dioxane.

Elakkan juga dari polyethylene, polyethylene glycol, sodium laureth sulfate, ceteareth, oleth, oxynol, -xynol, and PEG.



most of baby oil mengandungi mineral oil

5. MINYAK MINERAL


minyak bayi pada asasnya diperbuat daripada minyak mineral yang dicampur dengan perfume, yang merupakan gabungan buruk.

Minyak mineral adalah hasil sampingan murah pemprosesan petroleum dan bertindak sebagai pembungkus plastik pada kulit, menghalang keupayaan kulit untuk mengeluarkan toksin. Pilihlah minyak semula jadi dan berkhasiat seperti zaitun, kelapa, atau sweet almond untuk mengurut kulit bayi anda.



paraben oh paraben


6.PARABEN

Paraben ni ada di mana-mana.
Kejam kan? paraben boleh didapati dalam hampir semua jenis sabun di pasaran. Juga dalam syampu & pelembap, termasuk dalam produk yang dipasarkan untuk bayi. Parabens adalah neurotoksin dan dikaitkan dengan ketoksikan pembiakan, gangguan hormon, dan kerengsaan kulit. Sebolehnya elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi 'paraben'  juga asid benzoik dan propyl ester.






7. TRICLOSAN
Mana-mana produk yang ada label 'anti-bakteria' mungkin mengandungi triclosan, yang merupakan "bahan penyebab kanser dan berkait rapat dengan kanser hati" juga berbahaya kepada alam sekitar.

Walaupun alasannya logik  untuk melindungi bayi anda dari bakteria yang tidak perlu, tapi ini ialah pendekatan yang salah .

Dengan membesarkan bayi dalam persekitaran yang kurang bersih, kita menghalang keupayaan mereka untuk mewujudkan ketahanan semula jadi dan imuniti, meningkatkan kemungkinan alahan, dan menyebabkan rawatan antibakteria kurang berkesan apabila kita benar-benar memerlukan.

Sebolehnya cuba untuk menjauhi segala sabun / body wash anti-bakteria

Sharing  is Caring 💕
dah baca tu ringan-ringankan jari jemari uols untuk share post ni tau😉

Stay healthy & Beauty 😁 

You Might Also Like

0 comments