20 Kesalahan Yang Bakal Merosakkan Kulit Wajah !!!

4:59 AM


Assalamualaikum & hi


Most of us mempunyai rutin penjagaan wajah yang tersendiri kan? Tapi nak tahu tak 20 kesalahan yang mungkin korang sendiri lakukan yang bakal merosakkan kulit wajah? Check this out!


jangan dok sental kulit muka dengan scrub macam basuh baju hokey!
1.Over Exfoliating (scrub..scrub..scrub)
Aww..It’s tempting tapi merosakkan kulit untuk jangka masa panjang.Kat Malaysia ni exfoliation yang popular is scrubbing.Janganlah over scrub sebab ia akan menghapuskan “pelindung kulit” & kulit anda terdedah kepada toksin alam sekitar dan kerosakan matahari,yg boleh menyebabkan proses penuaan yang cepat.over scrub tu like scrub setiap hari & dok sental kulit muka dengan scrub untuk masa yang lama.1-2 minit dah la sayang! And dalam 1 week tu cukup kalau exfoliate (scrub) 2-3 kali" Most important thing is pilih scrub yang Organik & delicate to your skin.



2.Scrub sampai Hilangkan Minyak pada muka
Not possible! Ramai berfikir bahawa jika mereka menggunakan scrub yang berbeza and sental kulit muka tu lama-lama akan menghapuskan isu-isu seperti kulit berminyak, tetapi nak tau tak apabila kulit korang terlebih digosok, pengeluaran minyak sebenarnya dipercepatkan kerana mekanisme pembaikan semula jadi kulit terjadi "Again Ummi nak pesan scrub muka dua hingga tiga kali setiap minggu adalah mencukupi untuk pengelupasan atau utk mengeluarkan sel kulit mati.Satu lagi jangan guna scrub2 yang terlalu kasar ok.Try la yang organik






zzzzzz.....

3. Tidur tanpa membersihkan kulit Muka
Balik dari kelas/kerja jangan la terus melompat atas katil nak tidur. sehari dua boleh la, tapi don’t try to make it a habit. "Tidak membersihkan kulit muka dari ‘make-up’ atau sebarang kosmetik akan menyebabkan liang pori muka tersumbat," and when it clogged your pores liang pori korang akan kelihatan lebih besar and seterusnya tahap kolagen semulajadi dalam kulit akan berkurangan, bila benda ni terjadi liang yang telah membesar agak sukar untuk dekecilkan semula dalam masa yang singkat.Plus,ia juga akan menyebabkan keradangan pada kulit muka.So jangan lupa bersihkan muka dari segala jenis mak nenek sebelum tidur hokay?!




4. Tarik/sentuh/menolak kulit Muka
Suka tarik-tarik kulit muka especially bahagian pipi? Selalu tak duduk menongkat dagu atau pipi? Ok, Just Stop it.Jangan main-main dengan kulit muka and jangan juga suka-suka sentuh bila tangan korang kotor.







5.Tidak membersihkan dengan sempurna
Korang mungkin rajin bersihkan muka dari solekan tapi adakah pencuci muka yang korang guna tu ok? "Carilah pembersih yang mengandungi bahan-bahan yangOrganik & Natural," Bahan natural penting untuk perlindungan dan penjagaan kulit wajah secara semulajadi yang sempurna.









euwww...disgusting!

6.Guna berus makeup yang kotor
Yup, laburlah duit untuk membeli pembersih berus makeup . especially for your foundation brush. “berus makeup yang bersih juga memainkan peranan dalam penjagaan kulit muka taw.makin kotor berus makin kotor la muka korang.Taknak beli pencuci khas utk makeup brush? guna sabun mandi atau shampoo je.but make sure bersihkan brushes korang perfectly ok?




7.Tidak apply produk dengan cara yang betul
“Salah satu rahsia untuk mendapat result yang maksimum daripada skincare dalam regimen kecantikan korang adalah dengan menyapu krim atau ‘produk’ dengan jumlah yang sedikit.sapu nipis2 je.bukan sapu setebal yang boleh.Kenapa? kenapa?Mesti ada antara you all sapu krim tebal2 kononya nak dapatkan fast result kan?Ok,kalau korang nak tahu, "Produk dengan kepekatan yang lebih berat boleh menyekat organ kulit yang lebih ringan dari menembusi kulit dan menjalankan tugas mereka. So,bila sapu krim tebal2, you waste the product,waste money,waste time sebab you are not going to see the result.YaAllah rugi nye.so,please use krim or serum or whatever dgn kuantiti yg minimum & apply nipis2 okay?



8.Over-Using All Of Your Products
(memang nak produk cepat habis ke ape?)Just like over-scrubbing, over-using cleanser atau produk2 lain juga menjejaskan minyak perlindungan semula jadi kulit.






dont't picit!


9.Picit-picit Jerawat
Tangan tu jangan dok gatal sangat nak picit jerawat kat muka.(Ni habit orang ramai including me) Perasan tak kalau doktor kulit mengeluarkan jerawat mereka keluarkan dengan tekanan dari bawah,tetapi kalau kita picit sendiri,kita akan picit dengan tekanan kiri kanan kan? Ini akan menyebabkan jangkitan bakteria turun jauh ke dalam liang pori muka." Patut la jerawat makin banyak & timbul berulang kali kat tempat yang sama.serik aih!!!so the best way is,biar jerawat tu kering & hilang sendiri.jangan kacau!






nak tidur nanti korang tocang la rambut taw.kan comel :p

10.Tidur dengan free hair
"Ramai yang memotong rambut di hadapan (dahi)” ini boleh menyebabkan timbulnya jerawat disebabkan oleh minyak dan produk penjagaan rambut yang digunakan- ramai juga yang suka melepaskan rambut (tidak mengikat) sebelum tidur.Nak jaga kulit muka? and at the same time nak rambut cantik (no frizz hair)? Tocang lah rambut sebelum tidur.tak susah pun kan?




11.Tidak membasuh cadar katil dan sarung bantal dengan kerap
Sarung Bantal mengumpul sisa dari perapi rambut dan minyak dari kulit kepala yang boleh menyumbat liang-liang pori muka.Korang perlu menukar cadar tilam dan sarung bantal sekurang-kurangnya sekali seminggu atau lebih jika korang mempunyai masalah kulit muka yang extra. Kalau boleh basuh cadar/sarung dengan air panas untuk membunuh hama yang boleh menyebabkan alahan.






comelnya laaahai cadar ni kan?

12.Tidur pada bantal yang menggunakan sarung bantal yang lembut
korang guna sarung bantal cotton? better beralih ke kain sutera(silk). "Satin atau sutera mengurangkan kedutan dan isu-isu kulit kekal. Tekanan muka ke sarung bantal (cotton)akan menyebabkan trauma kepada kulit.tapi kan cotton ada banyak jenis kan? if cotton jenis soft ok la kot sebab kain die soft kan? kenapa cotton biasa tu tak boleh? cotton yang biasa tu kain dia kasar tak? kasar kan! Dari masa ke masa, geseran kain cotton boleh menyebabkan kedutan kekal & kolagen semulajadi akan rosak







13.Tidak Menggunakan "sunscreen"
Bukan hanya pakai di tepi pantai! Perlindungan terbaik untuk penuaan kulit adalah 'sunscreenk'. "Pakai setiap hari, dan sebolehnya krim atau sunscreen yg mengandungi SP30+.Krim atau Sunscreen yang mengandungi SPF membantu untuk melindungi kulit korang daripada sinaran UVA (serta UVB) yang menyebabkan photoaging kulit and apply juga sunblok kat tangan korang ok!




14.Tidak mendapat tidur yang cukup
"Tidur yang cukup & lena membantu kulit korang untuk kelihatan cantik & sihat" Bila tak cukup tidur kulit akan kelihatan tidak bermaya, kusam dan pucat dengan lingkaran gelap di bawah-mata. Tidur yang tidak berkualiti juga akan menyebabkan stress yg boleh merosakkan badan & kulit untuk menjana radikal bebas .so,tidurla sekurang-kurangnya6-8 jam sehari.and make sure korang dah fixkan jadual utk tidur taw.contoh : 10pm-5am (7 jam)[jadual tidur yang tetap untuk masa tidur yang lebih berkualiti]




15.Mengeringkan Kulit
Mostly orang yang mempunyai jerawat akan berfikir untuk mengeringkan kulit mereka. Kononnya jerawat tu timbul sebab oily face & if kulit kering masalah pimples boleh settle.So,mulalah pilih produk2 yang kasar pada kulit agar kulit bebas dari minyak -.Awas! korang sedang merosakkan kulit muka .Produk yang kasar boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.Whatever jenis kulit korang,make sure pilih skincare yang natural which is safe and soft to skin.






nak resepi?google je..senang & simple resepi salad ni taw!

16. Diet yang Teruk
“Apa yang baik untuk jantung adalah juga baik untuk Kulit. Saya mencadangkan pendekatan salad tri-warna," (kata dr.Gross)

Salad tri warna tu apa? sekumpulan warna – Contonya kubis merah, salad hijau dan lain-lain.mix it & make it as salad.Banyakkan makan sayur-sayuran yang mempunyai banyak warna. Lebih banyak warna yang korang makan, more better utk kesihatam dalaman & luaran.kecantikan kulit juga akan terjaga.Warna pada sayur is natural ye bukan buatan.




17. Tidak menggunakan Pelembab Untuk Muka Berminyak
“ Tidak kira jenis kulit korang, adalah penting untuk melembapkan kulit muka setiap hari dan apply krim malam pada waktu malam” Ia menjadi kesalahan besar apabila mereka yang mempunyai kulit berminyak berfikir,harus mengelakkan pelembap. Pelembab adalah penting untuk kulit berminyak kerana tanpanya, kulit akan hilang imbangan yang membawa kepada jerawat dan tekstur kulit tidak sekata.Moisturizing/Pelembab memberi air pada kulit muka bukan minyak! So,no worries.malainkan jika korang sendiri yang salah pilih produk.




18.Membebankan kulit dengan lambakan produk Muka
“Less is more” McElroy.
Lepas basuh muka,letak serum X,then serum Z,ehhhh,jgn lupa letak serum Q. Lepas tu apply night cream lepas tu apa lagi? Kenapa banyak sangat?
..Sebab I ada masalah A,B C,D,E,F…..so I guna produk berbeza untuk problem yg berbeza.Salah dears !
Lagi banyak produk yang korang guna lagi zero kesan yang korang bakal nampak.Semua produk berkesan sehingga 0.3% kadar penyerapan ke dalam kulit.so,lebih banyak produk yang korang guna,lebih kurang lah keberkesanan produk pada kulit muka.Cukuplah sekadar 1 serum,1 krim.dan mungkin 1 treatment krim untuk jerawat atau parut, untuk yang mengalami masalah eye bag,panda eye dan sebagainya eloklah gunakan eye treatment sahaja di bawah mata,tanpa menggenakan serum atau krim muka pada kawasan tersebut.







ada yang mandi air panas mendidih sampai berasap-asap macam nie ke? Seram aih

19.Mandi Air Panas
Bestnya mandi air panas kan? Lagi2 kalau musim sejuk. tetapi not good for your skin. Air panas boleh menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.Kalau air tu sejuk sangat boleh mandi guna air suam (suam-suam kuku) bukan panassss mendidih tau!paham sayang?



20.Tidak tahu Apa yang korang letak pada Kulit
How can you ever truly enjoy great skin if you don’t educate yourself on what you are putting on your skin? So,jom baca dan mengkaji apa yang ada pada skincarea korang.Ingat ,Harga tidak selalu menentukan kualiti!Ada produk,1 item pun dah beratus.Ada yang murah sehingga RM2.Ada yang dengan harga medium tapi mampu milik.Nak pilih produk,kaji dulu apa bahan yang ada dalam skincare tersebut.Love your Skin dears !


Semoga entry ni bermanfaat untuk korang semua. 




You Might Also Like

0 comments